Tuesday, December 27, 2011

3 Minggu

Alahai Bumi Melaka Negeriku Sayang..ha ha ha, 3 Minggu nak pergi Zoo Melaka bawa anak dan isteri jalan-jalan, terkandas di negeri sendiri, sesak betul, dari tol ayer keroh & melaka-kl penuh dengan kenderaan. tahulah cuti sekolah. Melaka sekarang ni, bila time cuti sekolah ataupun hari minggu (jumaat, sabtu & ahad) memang heavy crowded. Alahai kenapalah, kenapalah. 

Bila sesak, darah tinggi mulalah naik, kadang-kadang kita boleh bersabar dan sanggup tunggu berjam-jam dalam keadaan sebak! Tapi dengan perangai orang yang tiada kesedaran sivik dan tidak sabar, kita mula 'naik angin' dengan perangai manusia begini, potong Q! himpit-menghimpit! , yelah ikutlah peraturan dan bersabar, masuk di lorong yang betul, hormati pengguna jalan raya yang lain, emm, kat jalan raya pun kadang-kadang boleh wujud sentiment rasis, kalau korang perasan la. hahaha. janganlah macamni, kita kan 1 Malaysia. he he he.

Aku haraplah sangat, yang aku dapat bawa family 'suatu hari nanti' ke Zoo Melaka. hahaha susah betul, nak pergi time hari bekerja(Isnin-Jumaat), boleh je cuti,  masing-masing ada full commitment, dan kerja kat office memang berlambak dan aku jenis yang boleh berehat bila semua urusan kerja selesai! selagi tidak selesai, selagi tulah tiada istilah rehat!  alahai hai hai.

0 komen: