Friday, December 23, 2011

Jaga Tepi Kain Orang, Best Nye..

Kenapa bila tiba musim hujan je sure mesti ada motor yang kena curi dengan penyangak-penyagak bangang ni??,Aduhai tuan/puan, banyak kes motor dan komponen yang hilang sejak kebelakangan ini. yang paling tak puas hati tu, dah lock handle pun boleh kena curi lagi! Memang dasar penyangak la diorang ni semua. Pihak berkuasa kena kuatkuasakan di kawasan panas berdasarkan daripada report yang dibuat oleh mangsa. Kena tingkatkan & lebihkan rondaaan di waktu malam.

Kebanyakan lokasi kecurian motor ini, berlaku di kawasan kelompok/setempat yang kiri-kanan hidup berjiran! Masalahnya pencuri lahabau ni, memang berani mati! phui! Untunglah dapat jiran yang suka jaga tepi kain orang, sekurang-kurangnya dia sentiasa ingin mengambil tahu, siapa yang datang rumah kita, motor jenis apa kita pakai, semua dia tahu! emm anda setuju ke tidak yang dizaman sekarang ini, perlu mewujudkan budaya "Menjaga Tepi Kain Orang", bukan apa, cuma dengan cara ini, kita secara tidak langsung dapat mewujudkan keserasian didalam hidup berjiran, bukan hidup berjiran, tapi suasana dah macam kawasan perkuburan, sunyi sepi! langsung tidak ambil berat tentang jiran!

Dan sepanjang aku berkhidmat menjadi ahli rukun tetangga di cawangan aku, FYI - average 1 kecurian motor berlaku seminggu!!!! semasa aku bertugas pula tu! yelah, shift aku bermula dari jam 12 Pagi - 5,30 Pagi! semasa time ber'jage' dan rondaan pula, tidak ada kelibat dan tanda-tanda mencurigakan pun,! dan kecurian berlaku selepas waktu rondaan! memang phui la! memang penyangak betullah si pencuri ni! of course penyangak ini set kat minda dia "berapa lama la kau boleh berjaga!", frust betullah..JKKK dan Kerajaan Negeri harus meningkatkan lagi keselamatan dan penguatkuasaan khususnya dikawasan panas dan pernah berlaku kecurian. Kami bersedia menjaga tepi kain orang? anda bagaimana? ha ha ha

0 komen: