Wednesday, December 14, 2011

Jika anda tidak memajukan diri anda, jangan harap orang lain akan memajukan diri anda!

Ramai orang sukahati bila PM kita beri BR1M, semua golongan merasai, dan yang paling penting, kakitangan kerajaan pun turut menikmati, yelah dengan keadaan ekonomi yang semakin mencabar dan tanggungan lain, BR1M pasti mengurangkan sedikit beban. terima kasih PM dan kerajaan UMNO & BN.

tapi disebalik keseronokan menikmati BR1M, masih ada suara-suara sumbang dari pekerja-pekerja swasta yang masih beranggapan, bantuan ini lebih menfokuskan kepada pekerja kerajaan! mereka mula mempertikaikan kebolehan bekerja government servant ini dan merasakan diri mereka masih tidak dibela!

Tidak usah mempertikaikan , BR1M memang untuk 1 Malaysia, semua golongan yang layak, pasti dapat, harus ingat, mereka cuba mempertikaikan keupayaan Cuepacs yang bagi aku, cuepacs dilantik bagi menjadi konsultan kepada Kerajaan untuk membela nasib kakitangan kerajaan, Konsultan bagi membela nasib pekerja swasta pula adalah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) BR1M memang semua untuk rakyat Malaysia! Bantuan RM 100.00 kepada anak-anak di setiap sekolah pelbagai aliran juga membantu ibu-bapa tak kiralah yang bekerja di sektor swasta atau government. so what? apa lagi?

Jika kamu tidak memajukan diri kamu, jangan harap orang lain akan memajukan diri kamu, usaha!! dan jangan hidup bertongkat semata-mata, dari kesusahan kita berusaha, agar esok kita tidak terperanjat dan gelisah. susah-susah dahulu, If we don’t change, we don’t grow. If we don’t
grow, we aren’t really living. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah, nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri

0 komen: