Penyelaras Pemuda UMNO Dun Ayer Molek, mengambil langkah proaktif dalam mewujudkan satu unit yang dipanggil UMB atau Unit Media Baru. Dengan kewujudan UMB ini akan dapat menjawab dan menangkis segala fitnah dan tomahan yang dilemparkan pembangkang PR terhadap UMNO serta mampu memantapkan lagi mutu penyampaian maklumat kepada orang ramai serta menyahut saranan YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam dalam memperkasakan ICT di Negeri Melaka ini.Kini orang ramai boleh berkomunikasi, mengadu serta melihat aktiviti yang dianjurkan UMNO hanya di Internet, dan UMB juga menyediakan modul pembelajaran dan pengajaran secara percuma bagi mereka-mereka yang masih belum mempunyai mana mana laman sosial, email dan sebagainya berkaitan ICT.
Dengan wujudnya saluran Unit Media Baru ini, diharapkan dapat meningkatkan mutu penyampaian maklumat terus kepada rakyat dan menjawab secara online serta mampu menyelesaikan masalah rakyat. Selaras dengan Aspirasi Melaka Maju 2010, wajarlah UMB di perkasakan demi kesejahteraan bersama.

